Kisah Wan Mat Saman bakal difilemkan LANGKAWI - De Baron, sebuah syarikat penerbitan filem tempatan di sini, akan menerbitkan filem mengenai Menteri Besar pertama negeri Kedah Datuk Wan Mat Saman Wan Ismail. Pengarah urusan syarikat perfileman itu, Zailina Mohd Zain berkata, filem itu akan menonjol kecekapan Wan Mat Saman mentadbir Kedah di bawah pemerintahan tiga orang Sultan Kedah bemula tahun 1832. Beliau memberitahu pemberita di sini semalam, penggambaran filem itu dijangka bermula awal tahun depan dan penyediaan skrip filem itu telah mendapat kerjasama Pengerusi Persatuan Sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Wan Yusof. Katanya, lokasi penggambaran akan berlangsung di Langkawi kerana pulau itu mempunyai pelbagai kemudahan yang bersesuaian untuk filem berkenaan. Syarikat itu setakat ini telah menerbitkan dua filem iaitu 'Jalang' dan 'Datin Ghairah' yang menelan belanja RM2 juta. Zailina berkata, filem Jalang dijangka ditayangkan di pawagam pada 26 November depan manakala pembikinan filem Datin Ghairah baru sahaja selesai. De Baron, syarikat yang beribu pejabat di Langkawi, diberi lesen oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia untuk menerbitkan cereka, akan mempromosi Langkawi menerusi filem. - Bernama |
Wednesday, September 30, 2009
DE BARON..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment