Tuesday, May 5, 2009

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Rap/20090506054401/Article/index_html

Menggigil buat aksi ranjang

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
KALI pertama muncul di layar perak, apakah nama Yasmin Khanif, 21, akan dijulang kerana bakat lakonannya atau hanya dikenang sebagai bintang baru kontroversi kerana lakonannya menerusi filem Taubat Jalang sebagai Maria?

Seperkara yang nyata, jika kebanyakan pelakon wanita teragak-agak membawakan watak 'gelap' apatah lagi untuk menjadi seorang jalang kerana bimbang berterusan dianggap sebegitu di luar lakonan, tindakan Yasmin dianggap berani.

Beberapa babak yang sempat disaksikan pada majlis pelancaran filem Taubat Jalang di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang baru-baru ini, sudah cukup untuk mengklasifikasikan filem ini sebagai 18SX atau 18PL.

Masakan tidak, sebahagian babaknya memaparkan betapa rakus Maria dirangkul dan dipaut lelaki berbeza, aksi di ranjang dan dirogol (menggunakan kamera trick').

Yasmin ketika ditanya tidak bimbangkah dia dengan kesan bakal diterima hasil lakonannya itu berkata, dia berharap persembahannya dinilai dari sudut lakonan.

"Saya bersetuju melakonkan watak Maria kerana berasakan sebagai pelakon baru, perlu cuba membawa semua watak.

"Tidak terfikir langsung untuk mencipta kontroversi atau meraih publisiti dengan mudah kerana orang tua saya pernah berpesan supaya jaga maruah. Saya sendiri pun tidak mahu menjadi popular kerana cerita kontroversi dan gosip menjatuhkan maruah.

"Terus terang, selain Maria satu watak mencabar, tawaran membintangi filem ini saya terima kerana suka dengan jalan ceritanya. Ia mengisahkan seorang wanita yang mahu keluar daripada kehidupan hitamnya dan kembali ke pangkal jalan.

"Filem ini menerapkan unsur kesedaran dan babak panas yang dipaparkan itu sebagai sokongan jalan cerita sekali gus memberi gambaran kehidupan lampau Maria.

"Saya berharap apabila filem ini ditayangkan, penonton lebih mengambil kira soal moral yang cuba dipaparkan keseluruhan cerita daripada sensasikan lakonan saya," katanya.




Mencipta nama dalam dunia peragaan, Yasmin gembira kerana diberi peluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ridzuan Hashim, Hairee Othman, Kuswadinata, Yang Kassim, Maria Faridah, Helmi Husaini, Faizal Hussein, Amy Lateef S Roomai Nor dan Roslan Saleh yang banyak membimbingnya.


Pun begitu, dia tidak menafikan setiap kali diminta melakonkan babak ranjang singgah perasaan malu sehingga badannya menggigil.

"Ada tiga babak ranjang yang saya lakukan dalam filem ini. Pertama dan kedua ialah ketika saya melakukannya bersama teman lelaki manakala ketiga ketika dirogol pengawal di kondominium.

"Sukar untuk menjiwai, rasa seperti hendak menangis lebih-lebih lagi ketika melakonkan babak dirogol. Penghayatan saya tidak sampai sehingga terpaksa melakonkan aksi sama berulang kali," katanya.

Taubat Jalang yang diarahkan Nazir Jamaludin dan diterbitkan De'baron Production, bakal ditayang kepada umum penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment