Taubat Jalang... Panasnya Tajuk!

KL, 4 MEI 2009: Aaaaai...... ngerinya Miss Propa tengok judul-judul filem sekarang. Bagi Miss Propa, judul filem Raja Azmi, Anu Dalam Botol boleh dikira masih lagi berlapik sebab perkataan Anu itu boleh merujuk kepada orang atau si polan. Tentu kita pernah dengar orang-orang kampung cakap... "Alah, anaknya si Anu tu..." (dalam kes terlupa nama).
Tapi apabila mendengar tajuk Taubat Jalang ia membuatkan Miss Propa pun tersentak sebab bukan main daring lagi. Dulu tajuk filem U-Wei Hj Shaari iaitu Perempuan, Isteri dan .... pernah cetuskan kontroversi kerana asalnya .... itu sebenarnya adalah jalang juga. Tapi itu dulu, tajuk jalang sebegitu memang tak lepas tapi sekarang sejak zaman IT ni, semua boleh jalan nampaknya.
Jangan Tak Lihat
Tapi yang penting seperti mana tajuknya yang keras itu, jalan ceritanya juga gempak iaitu tentang kisah pelacur yang terpaksa jual diri untuk menyara hidup dan keluarga. Ia dilakonkan oleh semua pelakon baru yang Miss Propa pun tak ingat sangat nama mereka.
Cuma yang hairan, produser kita suka sangat buat filem yang memaparkan tentang gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Bukan menidakkan perkara yang boleh menjadi pengajaran itu tetapi kalau kita tengok Hollywood, dia orang lebih suka propa tentang kejayaan mereka, kehebatan mereka agar menunjukkan mereka bangsa yang hebat.
Kita pun sebenarnya boleh buat kisah yang dramatik tetapi sambil-sambil itu selitkanlah juga kejayaan negara kita seperti buat menara tertinggi di dunia, hantar manusia ke angkasa lepas, kisah hidup Dato' Michelle Yeoh, P Ramlee, Datuk Azhar Mansor meredah lautan atau ikon kita semua, Tun Mahathir.
Hai, susah-susah bagi Miss Propa jadi pengarah filemlah senang! Eee.... Propalah!
No comments:
Post a Comment