Wednesday, November 25, 2009

REBUT HADIAH LUMAYAN


Hadiah Jalang lebih RM100,000

Prizes:
1st: Satria Neo & 2 tickets for flights & accommodation in Langkawi (3d/2n)
2nd: Bedroom Set & 2 tickets for flights & accommodation in Langkawi (3d/2n)
3rd: Kriss Modenas Scooter for flights & accommodation in Langkawi
Consolation 10x :Fflights & accommodation in Langkawi (3d/2n) for 2


Rap
DALAM rancak orang bercakap mengenai filem Jalang, produser dan pengedarnya pula pasang strategi untuk menarik perhatian penonton ke panggung.

Filem dianggap paling kontroversi tahun ini, bukan saja menarik perhatian kerana mendapat kelulusan Lulus Bersih Tanpa Pemotongan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia di bawah kategori 18PL, malah menyediakan hadiah menarik.

Jalang yang diterbitkan De Baron Sdn Bhd dan diedarkan Primeworks Studios Sdn Bhd, bakal ditayangkan di 59 pawagam tanah air mulai hari ini.

Ia dibintangi muka baru, Yasmin Khanif berganding dengan Hairie Othman, Helmi Husaini, Maria Farida, Ridzuan Hashim dan Kuswadinata.

Pegawai Eksekutif Perhubungan Media, Primeworks Studios, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, bagi merancakkan lagi tayangan Jalang, De Baron menawarkan hadiah lumayan kepada penonton filem itu.

Katanya, hadiah yang menanti seperti kereta Satria Neo, skuter, kelengkapan bilik tidur dan percutian serta tiket penerbangan ke Pulau Langkawi dengan jumlah keseluruhan melebihi RM100, 000.

"Syarat penyertaan peraduan Jalang tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam akhbar. Setiap penyertaan hanya perlu dikepilkan dengan satu tiket wayang filem Jalang (Asli/Original) manakala borang penyertaan boleh menggunakan borang asal atau salinan fotostat," katanya.

Yusry berkata, setakat ini promosi Jalang berjalan lancar dan menyerahkan kepada penonton untuk menilai filem berkenaan.

Katanya, walaupun dilihat agak kontroversi, hakikatnya ia mempunyai mesej mengenai insan berdosa yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Jalang ini mengisahkan pergolakan jiwa dan emosi wanita bekerjaya yang ingin pulang ke pangkal jalan setelah melalui pelbagai kehidupan liar dan bebas dalam menggapai cita-cita. Maria Hanafi lakonan Yasmin adalah perunding organisasi satu syarikat antarabangsa milik konglomerat Melayu terkenal, Tan Sri Jamaudi (Ridzuan).





Maria mahu keluar dari kehidupan seks bebas bersama manusia kelas satu yang bergaul dalam dunianya selepas bertemu kembali dengan bekas kekasihnya, Ikram (Helmi Husaini).

Sayangnya, niat Maria untuk kembali ke pangkal jalan sering terbantut setiap lelaki didatangi lelaki yang pernah menidurinya.

Mereka merayunya dengan mengatakan Maria wanita idaman lelaki kerana sangat hebat beraksi di ranjang.

Lebih dramatik apabila bapa Ikram, Datuk Nahu (Kuswadinata) merupakan perantara utama dalam perniagaan Tan Sri Jamaudi adalah penagih seks tegar Maria. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menagih seks dari Maria.

Apabila mengetahui anaknya terbabit dalam permainan cinta si kupu-kupu malam itu, Datuk Nahu memanggil semua kenalannya yang pernah meniduri Maria untuk bersemuka dengan Ikram supaya dia memutuskan percintaan mereka. Ikram menjadi tidak keruan dan meninggalkan Maria buat kali kedua.

Maria hilang punca dan melarikan diri dari keriuhan kota dengan membawa diri ke kampung ibu angkatnya, Mak Esah. Di sinilah dia menyedari teman karibnya, Benjamin Adam (Hairie Othman) yang selama ini mencintainya secara diam-diam, merupakan seorang yang boleh diharap dan terlalu setia kepada cintanya.

Monday, November 23, 2009

TIDAK sabar Zubir menunggu tayangan filem sensasi, Jalang terbitan De’Baron Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd ini yang bakal menjengah pawagam mulai 26 November ini. Mendengar judulnya saja mampu mengundang minat orang ramai memenuhi pawagam untuk melihat sejauh mana kehebatan bakat baru, Rosyasmin Mohamad Khanif atau Yasmin, 21, beraksi sebagai perempuan jalang bernama Maria yang aktif melakukan aktiviti pelacuran bertaraf elit.

Siapa Yasmin Khanif? Zubir tidak pernah mendengar namanya sebelum ini. Jauh sekali menonton lakonannya. Mudah-mudahan dengan kemunculan pertamanya di layar perak menerusi Jalang, ia mampu mengangkat namanya di persada seni tanah air. Pun begitu, dalam masa sama, Zubir sudah terdengar ura-ura cerita kurang enak perihal Yasmin yang dikaitkan dengan ahli keluarganya. Tapi tunggu, masih di peringkat ‘penyelidikan’.
Jalang tak sesuai jadi tajuk filem?

ADA seorang jiran rumah Kak Pora yang usianya dalam lingkungan hujung 40-an, ketika kami berbual pada hujung minggu lalu, dia meluahkan rasa tidak selesa beliau apabila mendengar satu tajuk filem Melayu yang menggunakan perkataan 'Jalang'. Malah, dia nampak macam marah-marah juga dengan tajuk filem itu dengan pertanyaan: “Macam tak ada tajuk filem lain dah untuk filem kita sekarang ni... dulu ada filem Bohsia, sekarang Jalang. Lepas ini mungkin ada filem guna tajuk Perempuan Sial, Awek Sundal dan entah apa-apa lagi. LPF kenalah tapis sikit tajuk tu.”

Kak Pora tak jawab pun rungutan dia tu. cuma Kak Pora cakap, biasalah, tajuk macam tu digunakan sebab nak jadikan filem itu nampak komersial, barulah anak muda minat nak pergi panggung. Walaupun Kak Pora rasa tak kisah sangat judul macam itu, tetapi kalau ada pilihan apa salahnya ditukar tajuk lain.

Filem itu dijangka ditayangkan bermula Khamis ini di seluruh negara. Filem itu sudah pun diluluskan Lembaga Penapisan filem Malaysia (LPF) dan khabarnya juga tidak ada pemotongan babak dibuat sekalipun ada yang mengatakan ada adegan panas dalam filem itu.

Kak Pora tak mahu ulas sejauh mana isi filem itu, panas ke, sejuk ke, ada Kak Pora kisah? Kak Pora nak tengok ceritanya saja. Kalau sudah LPF dah lulus, maksudnya ia boleh dipercayai filem itu tidak ada apa-apa yang terlalu sensitif sangat. Lagipun ia diletakkan dengan klasifikasi ‘18PL’ iaitu mereka berusia 18 tahun ke atas saja layak menontonnya.

Jiran Kak Pora merungut sebab perkataan itu seperti menghina golongan wanita sebab selalunya dalam masyarakat kalau ada perempuan yang dituduh tidak elok perangainya dan suka menggatal akan dicop dengan panggilan ‘jalang’. Perkataan negatif macam itu, katanya, kalau dah jadi tajuk filem, nanti sering disebut-sebut oleh budak-budak kecil, apatah lagi anaknya masih ada tiga orang yang bersekolah rendah. Betul juga pandangan dia tu tetapi benda macam ini susah untuk kita persoalkan, sebab nanti ada pihak lain akan cakap LPF tak terbuka langsung, LPF suka mengongkong, dan macam-macam lagilah.

Sebelum ini juga ada pihak yang mempersoalkan juga kenapa LPF lulus tajuk Jalang sebab dulu pada awal 1990-an sewaktu pengarah filem, U-Wei Saari nak buat filem menggunakan tajuk Perempuan, isteri Dan Jalang, ada saja tekanan daripada pertubuhan wanita sehingga LPF dikatakan menasihati U-Wei supaya gugurkan perkataan ‘jalang’. Sekarang dah boleh pula, dan Kak Pora tak dengar pun mana-mana NGO wanita sama ada badan bukan kerajaan (NGO) wanita muslim yang mendesak perkataan itu ditarik balik sebagai tajuk filem.

Kak POra rujuk Kamus Dewan, kalau diikutkan maksudnya, perkataan ‘jalang’ bererti “tidak mempunyai tempat tingal yang tetap” atau “liar” seperti contohnya “kerbau jalang bererti kerbau liar” dan perempuan jalang bermaksud “perempuan jahat” atau “pelacur”. Jadi, rasanya tidaklah teruk sangat perkataan ‘jalang’ dipakai sebab maksudnya bukan mencarut atau bernada lucah, cuma menggambarkan sifat wanita jahat atau pelacur.

Dalam hal macam ini, Kak Pora rasa perkataan itu tidaklah keterlaluan. Walaupun Kak Pora juga wanita dan sudah bergelar ibu, perkataan itu mungkin sesuai untuk memberi mesej berguna kepada anak gadis kita dan perempuan liar di luar sana supaya berhentilah berperangai macam jalang dan lebih elok jangan dicop sebagai perempuan jalang!

KAK PORA: Lebih bahaya kalau perangai macam jembalang...


Jalang buka mata
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Yasmin Khanif

Yasmin Khanif tidak sangka filem pertamanya mampu tarik perhatian juri Festival Filem Malaysia ke-22 awal Ogos lalu

KETIKA senarai Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-22 diumumkan tidak lama dulu, nama Yasmin Khanif turut dicalonkan sekali. Saat itu, tidak ramai yang mengenali siapa pelakon wanita ini.

Begitupun, pencalonan ke peringkat top 5 sudah tentu satu bonus buat Yasmin. Apatah lagi pada waktu itu, filem sulung lakonannya, Jalang, belum pun ditayangkan kepada umum. Paling tidak, pemilihannya ke peringkat akhir dikira promosi awal buat filem terbitan De'Baron Sdn Bhd itu, yang hanya menemui penonton mulai 26 November ini.

Yasmin bagaimanapun gagal menjulang trofi berkenaan, yang jatuh ke tangan Jaclyn Victor, hasil kemunculan pertamanya di layar lebar menerusi filem Talentime. Tiga lagi calon akhir lain ialah Heliza Helmi (Syurga Cinta), Zalina (Jin Hutan) dan Yuhana Yahya (Histeria).

"Untuk menang, rasanya memang jauh sekali daripada jangkauan. Namun, pencalonan ke peringkat akhir itu saja sudah cukup bermakna buat aktres yang baru hendak membuka langkah seperti saya. Saya benar-benar bersyukur dengan pencalonan berkenaan. Sampai sekarang saya masih tidak percaya, lakonan pertama sedikit sebanyak membuka mata juri festival," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Kejayaannya ke peringkat top 5 kategori terbabit turut memberikan semangat lebih membara buat pelakon berusia 21 tahun ini untuk terus menyerlah menerusi lakonan seterusnya.


"Jika sebelum ini saya langsung tidak terfikir soal anugerah atau pencalonan, namun kini ia bagai memberikan harapan yang lebih bersinar. Ia membuatkan saya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai dunia lakonan, demi mempertingkatkan keupayaan. Jika ada rezeki, saya juga ingin sekali lagi berada dalam senarai top 5, pada festival tahun depan," katanya disulam senyuman.

Peluang itu tidak mustahil digenggam aktres bermata cerah ini apabila dia sudah pun dirisik untuk membintangi beberapa judul lain selepas Jalang. Antaranya, dia akan muncul dalam filem Insaf, diikuti Blues Untuk Aku yang bakal diarahkan pelakon Hairie Othman. Filem kedua itu sekali lagi diterbitkan De’Baron.

Bermula sebagai pelakon iklan, terutama untuk siaran Timur Tengah, anak jati Kuala Lumpur ini mengaku dia sudah mula berasakan keseronokan berlakon filem selepas membintangi Jalang, yang menggandingkan dirinya dengan ramai pelakon lelaki termasuk Hairie, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Kuswadinata dan Yank Kassim.

Turut menjayakan filem yang dirakam sepenuhnya di Pulau Langkawi itu ialah Maria Farida, Norlia Ghani, Roslan Salleh, Faizal Hussein dan Amy Lateef.

"Walaupun penggambaran iklan memakan masa yang singkat, tetapi kepuasan sebenar dicapai sewaktu berlakon filem. Apatah lagi apabila saya diberikan watak Maria, wanita jalang yang ingin kembali ke pangkal jalan. Biarpun belum mampu memberikan persembahan terbaik, tetapi kepuasan dapat dirasa apabila melihat hasilnya. Di filem, kita perlu mempunyai rasa dan mesti menunjukkan emosi. Ia tidak dapat dilakukan di iklan TV," kata wanita cantik ini.

Menerima watak perempuan jalang sememangnya bukan calang-calang cabaran buat Yasmin. Namun, keluarganya sendiri memberikan galakan apabila mengetahui, cerita yang dipaparkan mempunyai pesanan positif yang bukan sedikit untuk penonton filem ini.

"Saya juga berdepan kesukaran untuk menghidupkan watak penggoda sebegini. Amat sukar bagi saya menzahirkan karakter seorang perempuan yang dibenci insan lain. Untuk saya mendapatkan lenggok serta bahasa tubuh watak terbabit nyata pengalaman yang sukar sekali.

"Nasib baiklah pelakon yang lain sudi menghulurkan tunjuk ajar, bagaimana perlu saya jayakan watak Maria. Bahkan, jurusolek juga tidak lupa menunjukkan gaya seorang perempuan jalang berjalan, bercakap dan sebagainya," cerita Yasmin.

Selama 14 hari mengikuti penggambaran filem itu, yang dilakukan awal tahun ini, Yasmin mendedahkan betapa babak dia dirogol pelakon Yank Kassim antara saat paling sukar untuk dilalui. Lebih-lebih lagi, babak itu memerlukan dirinya diperlakukan secara kasar. Bukan sekadar ditampar, malah tubuhnya ditolak dan ditendang tanpa belas.

"Berlakon dengan Abang Yank memang menyeronokkan. Dia pelakon yang cukup baik. Kami banyak mengadakan perbincangan sebelum melakonkan babak berkenaan. Kami cuba mencari jalan terbaik untuk menampakkan babak itu seperti benar-benar berlaku. Jadi, saya sendiri tidak kisah kalau sedikit tercedera, asalkan lakonan kita berkesan pada mata penonton," ujarnya yang melaksanakan tanggungjawab menghidupkan watak Maria seminggu selepas menerima skrip.

Pada pertanyaan, apakah dia tidak risau sekiranya peminat memandang serong hasil kemunculan pertamanya menjayakan watak berani sebegini, Yasmin berkata, jika orang ramai tidak menyukainya setelah menonton filem terbabit, dia sepatutnya berasa gembira kerana reaksi demikian menunjukkan lakonannya ‘menjadi’.

"Begitupun, saya hanyalah ‘jalang’ ketika berlakon dalam filem ini," kata pelakon iklan sepenuh masa yang menyimpan cita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam industri perfileman di negara ini.

Jalang yang diarahkan Nazir Jamaluddin mengisahkan seorang eksekutif kanan sebuah syarikat perkapalan antarabangsa, Maria, yang berada dalam persimpangan, antara kejahatan masa lalu dan keinginannya untuk kembali bertaubat.



SINOPSIS:

SEBAGAI wanita yang berjaya dan dianugerahkan kejelitaan, Maria menjadi buruan lelaki berpangkat dan berharta. Dari tangan seorang lelaki ke lelaki lain, Maria melayari kehidupannya dengan penuh dosa. Namun, dia mula inginkan perubahan apabila bertemu dengan kekasih lama, Ikram.

Cinta Maria dan Ikram tidak berpanjangan apabila lelaki itu meninggalkannya setelah rahsia kehidupan wanita ini didedahkan bapa Ikram sendiri, Datuk Nahu.

Ketika itu, hanya teman baiknya, Benjamin Adam, yang mengerti keadaan wanita malang ini. Pemuda itu jugalah yang sudi menerima Maria sebagai teman hidup, walaupun dia mengetahui segala noda yang tercalit pada wanita ini. Dan, pada saat Maria mula melihat cahaya keinsafan, seorang lelaki yang taksub kepadanya muncul membawa keperitan tidak terhingga kepada dirinya.

Apakah pintu taubat masih terbuka buat Maria? Apakah keinginannya untuk kembali ke jalan yang benar tercapai juga akhirnya? Dan apakah dia dan Benjamin Adam mampu melayari kehidupan lebih bermakna? Semua itu hanya terjawab apabila filem Jalang mula diputarkan di pawagam pada 26 November.



Info:

Nama Penuh: Rosyasmin Mohd Khanif

Tarikh Lahir: 29 November 1988

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Adik-Beradik: Anak bongsu daripada empat beradik

Tinggi: 166 sentimeter

Berat: 54 kilogram

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Profesion: Pelakon, Model iklan

Hobi: Membaca

Pelakon Pujaan: Aaron Aziz, Lisa Surihani

Thursday, November 19, 2009

Kakak Tua: 'Jalang' Dulu Dan 'Jalang' Sekarang!

Jumaat November 20, 2009
Kakak Tua: 'Jalang' Dulu Dan 'Jalang' Sekarang!

AGAK rimas juga bila terbaca tajuk filem 'Jalang', yang dilancarkan baru-baru ini. Filem yang membawa tajuk sensasi itu akan menemui peminat filem Melayu pada 26 November.

Terus Kakak Tua teringat sekitar tahun 1993 bila pengarah U-Wei Hj Saari menggunakan tajuk yang hampir sama, 'Perempuan, Isteri Dan Jalang'.

Disebabkan kontroversi nama 'jalang' itu, filem itu terpaksa ditukar tajuknya kepada 'Perempuan, Isteri Dan ...'.

Kekecohan yang disebabkan oleh perkataan 'jalang' itu sendiri menyebabkan beberapa pihak melenting kerana nama itu cukup sensitif dan tidak boleh digunakan.

Agaknya sebab terlalu berat nama 'jalang' itu, tak terbawa filem yang membariskan nama-nama handalan seperti Nasir Bilal Khan, Sofia Jane dan Zaidi Omar.

Di kala itu, 'jalang' masih tidak dapat diterima ramai hinggakan pihak penerbit terpaksa berkompromi meletakkan '.......' di tempat 'jalang.' Dan filem itu pun terus mendapat publisiti meluas kerana beberapa sebab.

Salah satu kerana tajuk yang sensitif itu. Kedua, disebabkan adegan 'nasi kangkang' itu dan aksi Sofia Jane berkemban.

Tak sangka pula, selepas enam tahun larangan menggunakan perkataan 'jalang', akhirnya ia dibenarkan.

Selain ceritanya tetap berkisar tentang perempuan 'jalang' atau wanita berakhlak rosak, filem 'Jalang' 2009 tetap mengekalkan adegan berkemban dengan jalan cerita yang lain.

Kata pengarahnya, bukan kerana ingin tonjolkan elemen sensasi, cuma untuk membantu jalan cerita?

Kalau watak 'jalang' dulu dibawa oleh aktres jelita Sofia Jane, yang baru pula dibintangi oleh Yasmin Khaniff.

Kakak Tua 'kagum' dengan keyakinan pendatang baru Yasmin yang membawa watak Maria walaupun ada yang komen, lakonannya kaku.

Kesanggupan Yasmin berkemban dalam adegan 'mandi bunga' memang berani. Dan seni berkemban yang ditonjolkan oleh Yasmin dan Sofia juga agak berbeza.

Maria (watak Yasmin) berkemban kerana 'mandi bunga' hendak buang segala malang sedangkan watak Zaleha (lakonan Sofia Jane) berkemban kerana hendak beri suaminya yang garang makan 'nasi kangkang.'

Tapi dua-dua versi pun Kakak Tua rasa ngeri kerana visualnya terlalu hebat dan tak manis. Cuma yang dimusykilkan apabila filem 'Jalang' pembikinan tahun 2009 diklasifikasikan sebagai 18PL, tidakkah ianya akan membuat budak-budak di bawah 18 lebih teruja hendak tahu apakah isi filem ini. Tambah menarik apabila diberitahu tidak ada sebarang potongan untuk filem ini.

Sekali air bah, sekali pantai berubah, begitulah resamnya dengan undang-undang ciptaan manusia. Kalau dulu diharamkan, hari ini dibenarkan. Apa yang pernah dikira sensitif satu masa dulu, tiba-tiba saja sudah tidak jadi sensitif lagi. Seolah, interpretasi perkataan 'jalang' itu sudah banyak susut nilainya.

Keterbukaan pihak-pihak tertentu menerima hakikat ini adalah satu peningkatan dari segi pemahaman. Perkataan 'jalang' itu sebenarnya tidak ada salahnya. Hanya konotasinya saja yang negatif tetapi maksudnya tetap sama sampai bila-bila. Jadi kalau hendak diharamkan perkataan itu kerana maksudnya yang negatif, memanglah tidak wajar.

Kakak Tua teringat sepotong ayat dari pujanggan William Shakespeare..."A rose is still a rose by any other name" (bunga ros itu tetap sama walau apa pun nama yang diberikan). Dan intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, namanya tetap intan juga.

Begitulah dengan 'jalang' yang diilhamkan oleh Nazir Jamaluddin atau U-Wei Hj Saari, ianya tetap berkisah akan wanita yang perangai tidak molek. Kalau pun nama 'jalang' itu disembunyikan sekalipun, maknanya tetap sama. Kalau dah jalang, jalang lah. Lebih teruk, bila si jalang itu malang....

KAKAK TUA: Tidak suka perkataan 'jalang' kerana bunyinya begitu kasar.

Tuesday, November 17, 2009

Watak Jalang Yasmin Kurang 'Ummph

Rabu November 18, 2009
Watak Jalang Yasmin Kurang 'Ummph'!

Oleh WAHIDA ASRANI

BUKAN niat penulis ingin membuat perbandingan filem arahan NazirJamaluddin ini dengan filem kontroversi 'Perempuan, Isteri dan ...'lakonan Sofea Jane lebih 10 tahun lalu.

Namun, secara peribadi penulis merasakan filem Jalang tidak cukup 'kuat' berbanding filem arahan U-Wei itu sama ada dari segipenceritaan mahupun lakonan.

Memang tidak adil untuk membanding-bandingkan arahan sulung Nazir dilayar perak dengan hasil karya U-Wei itu apatah lagi jalan cerita dua filem ini berbeza.

Namun mahu atau tidak, pihak penerbit dan pengarah juga harus menerima hakikat bahawa penonton pasti sedikit-sebanyak akan membandingkan dua buah filem ini dari pelbagai aspek kerana kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu dengan mengetengahkan perempuan 'jalang' sebagaisubjeknya.

Dan menerusi pengamatan penulis, 'kesilapan' terbesar syarikatpenerbitan, De Baron Sdn Bhd adalah kerana mempertaruhkan bintang baru, Yasmin Khanif sebagai 'jalang' di dalam filem yang bakalmemasuki pawagam pada 26 November ini.

Memang benar muka baru sepertinya amat diperlukan sebagai pelapis pelakon-pelakon yang sedia ada, malah difahamkan, nama-nama besar seperti Fazura dan Fasha Sandha juga 'kalah' di tangan pelakon baruini kerana merasakan Yasmin mampu membawakan wataknya dengan baik.

Namun tatkala menonton filem ini pada sesi prebiu baru-baru ini, penulis rasakan Yasmin belum nampak 'bersedia' untuk ditampilkan sebagai tunjang utama sesebuah filem.

Yasmin nampak 'kaku' dan lakonannya tidak 'natural', lantas menampakkan dirinya sebagai perempuang jalang yang kurang 'umph'berbanding watak jalang yang pernah dilakonkan oleh Sofea dulu.

Hanya mempertaruhkan aksi 'daring' dan seksi rasanya tidak cukupmemadai untuk Yasmin benar-benar menjiwai watak tersebut. Sempat juga penulis membayangkan nama-nama pelakon lain yang mungkin mampu menghidupkan watak itu.

Malah, Maria Farida yang membawakan watak sampingan sebagai seorang datin di dalam filem tersebut juga penulis rasakan lebih 'sesuai' untuk membawakan watak perempuan jalang itu.

Apapun, secara ringkasnya, Jalang mengisahkan tentang Maria, seorangPerunding Kanan di salah sebuah syarikat antarabangsa milik Tan Sri Jamaudi yang menjadikan tubuh badannya sebagai barang dagangan demi mendapatkan projek-projek besar di dalam dan luar negara.

Dia terperangkap dengan cinta lamanya, Ikram yang juga merupakan anak kepada Datuk Nahu, orang perantaraan yang menjadi ‘jambatan’ kepada kehidupan tidak bermoralnya.

Selepas dibuang buat kali yang kedua oleh kekasihnya Ikram, sebaik mendapat tahu tentang kehidupan sosialnya, Maria membawa diri ke kampung ibu angkatnya Mak Esah bagi muhasabah diri.

Dia diburu oleh teman baiknya Ben Adam yang dalam diam menyintainya walaupun sejak awal lagi sudah mengetahui tentang kisah buruknya.

Filem yang berklasifikasi 18PL namun bebas daripada potongan Lembaga Penapisan Filem (LPF) ini turut membariskan pelakon-pelakon seperti Hairi Othman, Maria Farida, Helmi Husaini, Kuswadinata, Fizow Omar,Yank Kasim, Norlia Ghani, Faizal Hussein dan Ridzuan Hashim.

Penulis juga ingin menyentuh sedikit tentang jalan cerita filem ini.Jelas, ia mempunyai mesej di sebalik apa yang dipamerkan.

Seorang wanita yang telah jauh tersasar hidupnya dan kemudian insaf memang sudah begitu klise di dalam drama mahupun filem.

Imran Ismail yang bertindak selaku penulis skrip filem ini mempunyai cara tersendiri dalam mengolahkan perjalanan cerita tersebut.

Cuma seperti yang dikatakan tadi, faktor pelakon juga perlu diambilkira jika ingin memastikan cerita yang disampaikan itu berkesan di hati penonton.

Jika kurang 'penjiwaan' watak itu, sehebat mana pun cerita tersebut, ia pasti sukar menambat hati mereka yang menonton.

Apapun, penulis memuji lakonan Hairi Othman, antara pelakon 'lama' yang membintangi filem ini.

Walaupun watak Ben Adam yang dibawanya nampak 'biasa-biasa' saja berbanding lakonan-lakonannya sebelum ini, namun tidak dinafikan Hairi tetap menyerlah di dalam filem tersebut.

Begitu juga dengan pelakon senior lain seperti Helmi Husaini. Malah, penampilan istimewa Faizal Hussein sebagai pengedar dadah juga meninggalkan impak walaupun babaknya hanya seketika.

Penulis tidak mahu meramalkan tentang kutipan yang bakal diraih oleh filem ini. Namun, penulis yakin, tajuk 'Jalang' itu sebenarnya sudah mampu membuatkan penonton teruja untuk menyaksikan filem ini.

Negatif mahupun positif kritikan yang diberikan itu, semuanya adalah lahir daripada pengamatan penulis. Malah penulis percaya, bakat Yasmin masih mampu digilap dengan baik!

Sunday, November 15, 2009





HIBURAN

Bukan cari kontroversi murahan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my




--------------------------------------------------------------------------------


Sebut sahaja perkataan Jalang fikiran terus melayang pada sisi negatif seperti perempuan jahat, sundal dan tidak kurang juga pelacur. Hakikatnya itulah maksudnya jika dilihat dalam kamus Dewan.

Namun, bila jalang diangkat sebagai judul filem sudah pasti ramai yang berharap filem itu pasti sarat dengan adegan panas dan berahi, apatah lagi poster filemnya yang memperlihatkan belakang badan pelakon utamanya Yasmin Khanif menguatkan lagi persepsi tersebut.

Berani, itulah tanggapan pertama apabila melihat trailer filem Jalang yang penuh dengan aksi berahi ditambah pula filem pertama terbitan produksi De Baron Sdn. Bhd diklasifikasikan sebagai 18PL.

Namun, taruhan yang dibuat oleh De Baron dilihat cukup besar. Ini kerana mereka mempertaruhkan bakat baru Yasmin Khanif sebagai pelakon utama di samping dua pelakon lelaki senior Hairie Othman dan Helmi Husaini.

Malah, penampilan Yasmin dalam filem itu dikatakan sebagai penambah perisa sahaja kerana hampir kebanyakan adegan dalam filem tersebut memerlukannya memakai pakaian yang agak menjolok mata walaupun mutu lakonannya tidak sehebat mana. Lakonan Yasmin boleh dianggap sederhana untuk langkah pertamanya ke layar perak.



MENGAKUI watak seorang jalang agak berat baginya, namun Yasmin melihat ia cabaran untuk dia membina nama dalam bidang lakonan.

--------------------------------------------------------------------------------



Menjawab pertikaian itu, Yasmin yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jalang baru-baru ini menyedari banyak mata yang memandangnya. Bahkan, bukan semua orang senang dengan watak perempuan jalang iaitu Maria yang dipikulnya.

"Nama pun filem Jalang memanglah watak saya agak gelap tetapi bukanlah semua adegan dalam filem ini memerlukan saya berpakaian seksi. Rasanya seksi saya masih ada batasnya.

"Saya juga tidak kisah kalau lepas ini orang nak kritik atau berkata buruk tentang saya kerana berlakon dalam filem ini. Bagi saya hanya judul filem ini yang menonjolkan sisi negatif sedangkan jalan ceritanya mempunyai mesej yang kuat," ujar Yasmin tentang filem pertama lakonanya.

Tambah Yasmin yang baru berusia 21 tahun, ibunya telah meletakkan syarat supaya dia diiringi kakaknya sepanjang penggambaran supaya tiada adegan seksi melampau sehingga boleh memalukan nama keluarganya.

"Itulah syarat yang diletakkan oleh ibu semasa saya meminta izin untuk terlibat dalam filem Jalang. Saya akur dan cukup selesa apabila bekerja ditemani keluarga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang saya lakukan.

"Macam pakaian yang seksi, pengarah akan meminta pendapat saya dan kakak terlebih dahulu. Bukanlah sewenang-wenangnya menyuruh saya memakai pakaian yang mendedahkan tubuh," jelasnya.

Bagaimanapun selepas menonton filem itu memang jelas ia mempunyai mesej yang cukup kuat, namun jika dilihat dari sisi yang lain ia kelihatan seolah-olah mengeksploitasi tubuh wanita untuk menjual tiket di panggung.

Yasmin sebagai pemegang watak utama pasti terkena tempiasnya. Namun, dia langsung tidak menganggap filem itu sebagai filem yang mengeksploitasi tubuh semata-mata.

"Saya tidak pernah melihat filem Jalang sebuah filem negatif. Kalau orang yang menontonnya hendak berfikir macam itu saya tidak kisah. Itu hak mereka.

"Kalau orang nak samakan saya dengan watak dalam filem Jalang pun saya tidak kisah. Bagi saya lebih baik orang mengkritik daripada tiada respons langsung tentang lakonan saya.

"Jika mereka membenci saya maknanya lakonan saya menjadi tetapi saya sedar sebagai pelakon baru terlalu banyak perkara yang harus saya belajar dan perbaiki. Saya harap saya masih mempunyai ruang dalam dunia lakonan selepas ini," tuturnya secara jujur.

Mungkin ada yang mengandaikan penglibatan Yasmin dalam filem yang berbaur kontroversi memudahkan namanya panas dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun lain pula bagi Yasmin. Baginya dunia filem adalah satu cabang baru yang diceburinya selepas peragaan dan berlakon beberapa buah telemovie.

"Semasa ditawarkan watak jalang saya bimbang juga takut tidak boleh bawa ditambah dengan adegan panas yang diminta pengarah.

"Selepas berfikir saya rasa inilah peluang yang tidak patut dilepaskan. Apa salahnya untuk saya mencuba. Kalau okey saya akan teruskan dengan lakonan, jika tidak saya akan kembali dengan dunia modelling dan iklan. Saya bukan masuk dunia lakonan kerana mahukan glamor, kalau itu terjadi ia satu bonus," luahnya.



SEDUTAN wayang pada filem Jalang yang akan berada di panggung wayang pada 26 November ini.

--------------------------------------------------------------------------------


Bercerita tentang pengalamannya melakonkan watak perempuan Jalang, Yasmin mengatakan pada mulanya dia agak gugup tetapi selepas mendapat tunjuk ajar daripada pengarah Nazir Jamaluddin dan pelakon senior yang lain semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya akui saya takut pada mulanya tetapi pelakon dan krew di set penggambaran banyak membantu saya. Sekarang ini pun saya masih gugup kerana menunggu pula penerimaan penonton pula," katanya.

Lelaki pun jalang

Pelakon senior Hairie Othman yang memegang watak Ben Adam rakan karib kepada watak Yasmin menjelaskan meskipun wataknya biasa sahaja tetapi masih ada cabarannya.

"Saya akui watak saya biasa sahaja tetapi ada beberapa adegan yang agak mencabar seperti adegan lawan bersama Faizal Hussein. Tetapi yang lain-lain biasa sahaja," ujarnya.

Ulasnya lagi tentang filem Jalang, duda berusia 38 tahun itu memberitahu filem Jalang bukanlah fokus pada kejalangan seorang wanita semata-mata.

Sebaliknya jalang dalam filem tersebut membawa maksud yang lebih luas. Ia merangkumi semua watak yang terlibat dalam filem Jalang.

"Kalau sebut jalang orang mesti ingat perempuan jahat tetapi sebenarnya jalang bukan perempuan sahaja lelaki pun ada yang jalang. Kalau perempuan jual tubuh kita panggil jalang, lelaki yang melanggan pelacur dan menggunakan perempuan jalang untuk kepentingan mereka sendiri juga dipanggil jalang.

"Itulah yang ingin ditonjolkan dalam filem ini. Kalau kita teliti, perkara ini memang berlaku di mana-mana sahaja cuma skop dalam filem ini adalah tentang perempuan bernama Maria yang digunakan oleh majikannya untuk mendapatkan projek besar," tuturnya.

Ditanya tentang lakonannya bersama Yasmin, Hairie tanpa berselindung memberitahu masih banyak yang perlu dipelajari oleh Yasmin memandang dia adalah seorang pelakon baru.

"Yasmin masih kena banyak belajar dan oleh kerana ini lakonan filem pertamanya, saya rasa lakonannya okey. Saya harap selepas ini dia akan mendapat lebih banyak pendedahan," katanya yang akan bergelar seorang pengarah filem tidak lama lagi.

Penerbit filem berkenaan Imran Ismail pula melahirkan rasa puas hatinya terhadap hasil filem Jalang meskipun ada beberapa kekurangan yang mencacatkan filem itu.



YASMIN berlakon di sisi hero senior, Hairie untuk filem pertamanya.

--------------------------------------------------------------------------------



Bercakap tentang pemilihan pelakon, jelas Ismail sebelum mereka memilih Yasmin untuk menjadi teraju utama filem Jalang mereka terlebih dahulu mengadakan uji bakat dan nama-nama besar seperti Nur Fazura dan Amber Chia turut tersenarai.

Namun, apabila pihaknya memikirkan strategi syarikat dan percaya akan bakat yang dimiliki oleh Yasmin, gadis itu dipilih.

"Pelakon yang lain bukan menolak filem ini kerana bimbang akan adegan panas tetapi kerana jadual mereka bertembung dengan tarikh penggambaran filem," kata Imran.

Filem yang akan berada di pawagam seluruh negara pada 26 November depan turut mempertaruhkan pelakon senior yang lain seperti Yank Kasim, Ridzuan Hashim, Norlia Ghani, Maria Farida dan Kuswadinata.