
Hadiah Jalang lebih RM100,000
Prizes:
1st: Satria Neo & 2 tickets for flights & accommodation in Langkawi (3d/2n)
2nd: Bedroom Set & 2 tickets for flights & accommodation in Langkawi (3d/2n)
3rd: Kriss Modenas Scooter for flights & accommodation in Langkawi
Consolation 10x :Fflights & accommodation in Langkawi (3d/2n) for 2
Rap
DALAM rancak orang bercakap mengenai filem Jalang, produser dan pengedarnya pula pasang strategi untuk menarik perhatian penonton ke panggung.
Filem dianggap paling kontroversi tahun ini, bukan saja menarik perhatian kerana mendapat kelulusan Lulus Bersih Tanpa Pemotongan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia di bawah kategori 18PL, malah menyediakan hadiah menarik.
Jalang yang diterbitkan De Baron Sdn Bhd dan diedarkan Primeworks Studios Sdn Bhd, bakal ditayangkan di 59 pawagam tanah air mulai hari ini.
Ia dibintangi muka baru, Yasmin Khanif berganding dengan Hairie Othman, Helmi Husaini, Maria Farida, Ridzuan Hashim dan Kuswadinata.
Pegawai Eksekutif Perhubungan Media, Primeworks Studios, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, bagi merancakkan lagi tayangan Jalang, De Baron menawarkan hadiah lumayan kepada penonton filem itu.
Katanya, hadiah yang menanti seperti kereta Satria Neo, skuter, kelengkapan bilik tidur dan percutian serta tiket penerbangan ke Pulau Langkawi dengan jumlah keseluruhan melebihi RM100, 000.
"Syarat penyertaan peraduan Jalang tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam akhbar. Setiap penyertaan hanya perlu dikepilkan dengan satu tiket wayang filem Jalang (Asli/Original) manakala borang penyertaan boleh menggunakan borang asal atau salinan fotostat," katanya.
Yusry berkata, setakat ini promosi Jalang berjalan lancar dan menyerahkan kepada penonton untuk menilai filem berkenaan.
Katanya, walaupun dilihat agak kontroversi, hakikatnya ia mempunyai mesej mengenai insan berdosa yang ingin kembali ke pangkal jalan.
Jalang ini mengisahkan pergolakan jiwa dan emosi wanita bekerjaya yang ingin pulang ke pangkal jalan setelah melalui pelbagai kehidupan liar dan bebas dalam menggapai cita-cita. Maria Hanafi lakonan Yasmin adalah perunding organisasi satu syarikat antarabangsa milik konglomerat Melayu terkenal, Tan Sri Jamaudi (Ridzuan).
Maria mahu keluar dari kehidupan seks bebas bersama manusia kelas satu yang bergaul dalam dunianya selepas bertemu kembali dengan bekas kekasihnya, Ikram (Helmi Husaini).
Sayangnya, niat Maria untuk kembali ke pangkal jalan sering terbantut setiap lelaki didatangi lelaki yang pernah menidurinya.
Mereka merayunya dengan mengatakan Maria wanita idaman lelaki kerana sangat hebat beraksi di ranjang.
Lebih dramatik apabila bapa Ikram, Datuk Nahu (Kuswadinata) merupakan perantara utama dalam perniagaan Tan Sri Jamaudi adalah penagih seks tegar Maria. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menagih seks dari Maria.
Apabila mengetahui anaknya terbabit dalam permainan cinta si kupu-kupu malam itu, Datuk Nahu memanggil semua kenalannya yang pernah meniduri Maria untuk bersemuka dengan Ikram supaya dia memutuskan percintaan mereka. Ikram menjadi tidak keruan dan meninggalkan Maria buat kali kedua.
Maria hilang punca dan melarikan diri dari keriuhan kota dengan membawa diri ke kampung ibu angkatnya, Mak Esah. Di sinilah dia menyedari teman karibnya, Benjamin Adam (Hairie Othman) yang selama ini mencintainya secara diam-diam, merupakan seorang yang boleh diharap dan terlalu setia kepada cintanya.
No comments:
Post a Comment